Bab ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan Bab 1. Disini kita bersama-sama melihat bagaimana mentaliti kita telah mengheret kita jauh dari tujuan asal kehidupan kita. Kita mulakan dengan mentaliti yang telah di tanam sejak kita kecil lagi.
Belajar pandai-pandai nanti boleh masuk universiti. Selepas keluar universiti dapat kerja besar gaji besar dapat beli rumah besar kereta besar. Kita membesar dalam sistem ini. Kita telah di asuh oleh satu sitem yang telah meletakkan matlamat hidup kita jauh tersasar. Kenapa tersasar? Kerana sudah tidak ada keseimbangan (balance)dalam menyusuri galur kehidupan ini. Jika dilihat secara amnya, kita telah menyimpulkan perkataan “Berjaya” kepada sesuatu yang sangat-sangat bahaya. Kita menilai berjaya atau tidak seseorang itu bergantung kepada taraf pendidikan, serta harta yang dimiliki. Bila seseorang itu berharta kita mentafsirkan dia telah berjaya. Tanya diri kita balik. Apakah orang miskin itu tidak berjaya? Orang yang tidak dapat melanjutkan pelajaran itu tidak berjaya? Adakah mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang gagal? Jadi kita betulkan minda kita buat kali kedua setelah kita tetapkan tujuan hidup kita. Tafsirkan balik istilah “berjaya”.
Orang yang berjaya adalah orang yang takut kepada Allah, mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu lihat kembali keadaan sekarang ini, tidak kira orang itu kaya atau miskin, berpendidikan tinggi atau tidak, sekiranya dia tergolong dalam hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh maka dialah orang yang berjaya. Berapa ramai orang-orang yang kaya tidak sembahyang? Berapa ramai orang-orang miskin yang kufur dan menyalahkan Allah atas kemiskinan mereka? Dan bandingkan kembali dengan orang-orang yang kaya namun hatinya zuhud, dan orang-orang yang miskin namun hatinya berserah kepada Allah. Oleh itu betulkan minda kita jangan sesekali menyalah gunakan istilah berjaya kerana secara tidak langsung anda telah membawa minda anda kepada kerosakan matlamat hidup.
Walau apa pun situasi anda sekarang, yang paling penting adalah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Mentaliti ini sungguh berat untuk di kikis namun, berserah dirilah kepada Allah sebelum, semasa dan selepas berusaha.
Generasi kita dididik mengutamakan harta melebihi segalanya, umpama dunia ini kekal abadi. Tidak salah mencari harta bahkan disarankan. Kita di programkan dengan program yang tidak seimbang. Kita mencari harta sehingga lupa untuk bersolat. Ibu bapa memukul anak sekiranya anak tidak ke sekolah, namun jika anak tidur ketika solat subuh? “Kesian dia penat sebab banyak aktiviti di sekolah… Biarkan dia tidur”…. Biarkan….. Biarkan…. Biarkan… Tidak kesiankah anda sekiranya anak anda diseksa di hari akhirat kelak disebabkan tidak bersembahyang? Inilah ketidakseimbangan yang cuba untuk kita kaji. Ibu bapa begitu kecewa apabila anak-anak mereka gagal dalam peperiksaan. Sedih kerana anak mereka tidak pandai. Adakah ibu bapa juga bersedih sekiranya anak mereka jahil agama? Dimanakah keseimbangan mentaliti kita? Cuba kita renungkan kembali dimakah? Terlampau banyak contoh ketidak-seimbangan mentaliti yang terjadi di dalam masyarakat kita.
Ketika seorang lelaki datang meminang anak perempuan mereka, perkara yang pertama di tanya “kerja apa?” “pakai kereta apa?” namun langsung tidak ditanya sekali-kali “adakah lelaki ini menjaga solatnya?” “adakah lelaki ini bersedia membimbing anak perempuan mereka ke jalan yang diredhaai Allah?” Dimanakah terletak keseimbangan kita? Akhirnya kita sekali lagi membiarkan anak perempuan kita jatuh ke tangan seorang yang mampu memberi kemewahan hidup yang sementara itupun di atas rezeki Allah. Selama mana? Sekiranya anak perempuan ini berumur 20 tahun pada hari pernikahannya, dan ditakdirkan hidup selama 60 tahun. Selama 40 tahun sahaja. Bandingkan dengan seorang suami yang mampu membimbing isterinya mengikut landasan Islam tidak kira miskin atau kaya, selama mana manafaatnya kepada isteri beliau? Selama-lamanya. Allah Maha Besar!
Sepanjang anda membaca cubalah mencari sendiri berapa banyakkah ketidakseimbangan yang berlaku. Tidak sekali-kali menolak dunia, namun sekadar berusaha mengubah keseimbangan. Sekiranya generasi sebelum kita sudah tersilap mendidik, jangan salahkan mereka sebaliknya kita berusaha membetulkan mentaliti mereka, kita dan juga generasi selepas kita. Didiklah anak-anak atau bakal generasi kita selepas ini dengan keseimbangan supaya mereka tidak tersalah tafsir akan matlamat hidup dan terus menerus berfikiran seperti apa yang kita fikirkan sebelum ini.
Perkara yang ingin disentuh disini juga adalah kesilapan yang kita bangga-banggakan. Lantas menganggap kesilapan itu adalah betul. Pada zaman sekarang berlaku di kalangan masyarakat kita, zina lebih mudah daripada berkahwin. Betul atau tidak? Renung kembali betul atau tidak? Berapa ramai bayi yang tidak berdosa dibuang, berapa ramai yang tinggal sebumbung tanpa berkahwin. Kenapa? Banyak sebabnya. Namun antara penyumbang terbesar dalam masalah ini adalah mentaliti kita. Bukankah kita berfikir sekiranya tidak ada sejumlah wang yang besar maka kita tidak mampu berkahwin? Disebabkan keluarga mahukan majlis yang grand, membazir-bazir atas sesuatu yang tidak sepatutnya dan yang paling sedih semakin lama, semakin mendekati cara-cara pernikahan Kristian dan Yahudi pada setiap majlis yang kita kunjungi mahupun yang sering di paparkan.
Maka, lelaki-lelaki yang bekerja dan cuma mendapat sejumlah gaji yang kecil terpaksa berhutang kerana mustahil mampu mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk dihabiskan pada hari majlis yang cuma selama 1 hari sahaja. Lebih menakutkan lagi mereka berzina dengan pasangan masing-masing kerana desakan nafsu. Dan apabila perempuan mengandungkan anak luar nikah mereka membunuh anak tersebut demi menutup aib. Tidak terlintaskah di fikiran ibu bapa ketika anak mereka mengandungkan anak luar nikah “Alangkah baiknya sekiranya aku nikahkan mereka, biarlah majlis biasa-biasa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan Islam” Kita risau akan apa bakal suami anak kita hendak bagi isteri mereka makan, sedangkan kita mengaku rezeki itu datangnya dari Allah. Kita takut anak kita hidup susah. Kita mahu membuat majlis besar-besaran kerana ingin menunjuk-nunjuk, kita seumpama merelakan anak kita berzina demi menyelamatkan sebuah majlis yang kita ingin bangga-banggakan yang tempohnya selama sehari sahaja? Alangkah ajaib pemikiran kita pada masa sekarang.
Mulai hari ini ubahlah cara kita berfikir, sekiranya ada seorang lelaki yang datang meminang, selidik dirinya akan Islamnya, sekiranya baik orangnya namun beliau tidak mampu menyediakan hantaran besar seperti kita angan-angankan, apa kata kita nikahkan sahaja? Kerana kehidupan selepas berkahwin adalah penting untuk mereka, bukan pada hari perkahwinan. Dan orang yang berpegang teguh kepada agama Allah tidak akan berlaku zalim, mereka akan berusaha sebaik mungkin memenuhi tuntutan Islam, yakni memberi ilmu agama, dan juga memberi nafkah. Bukankah Islam itu indah? Telah diwajibkan atas seorang suami itu mencari nafkah untuk isteri mereka. Tidak perlukah kita risau sekiranya bakal suami anak-anak kita orang-orang yang mengamal Islam. Disebabkan itu kita perlu perbetulkan minda kita ketika memilih bakal suami kepada anak-anak kita. Diharap pembaca jelas akan hal ini.
Sekali lagi diharap pembaca terutama pembaca yang mengenali diri ini,tidak merasa mereka diperli atau sebarang syak wasangka..Saya menulis ini bukan untuk menunjukkan betapa baik nya saya atau betapa jahatnya kalian yang mungkin terasa kerana pernah melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi,tetapi saya menulis adalah untuk peringatan diri sendiri di samping sama-sama memperingati sesama kita sebagai sesama muslim >::: )
Orang yang berjaya adalah orang yang takut kepada Allah, mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu lihat kembali keadaan sekarang ini, tidak kira orang itu kaya atau miskin, berpendidikan tinggi atau tidak, sekiranya dia tergolong dalam hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh maka dialah orang yang berjaya. Berapa ramai orang-orang yang kaya tidak sembahyang? Berapa ramai orang-orang miskin yang kufur dan menyalahkan Allah atas kemiskinan mereka? Dan bandingkan kembali dengan orang-orang yang kaya namun hatinya zuhud, dan orang-orang yang miskin namun hatinya berserah kepada Allah. Oleh itu betulkan minda kita jangan sesekali menyalah gunakan istilah berjaya kerana secara tidak langsung anda telah membawa minda anda kepada kerosakan matlamat hidup.
Walau apa pun situasi anda sekarang, yang paling penting adalah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Mentaliti ini sungguh berat untuk di kikis namun, berserah dirilah kepada Allah sebelum, semasa dan selepas berusaha.
Sepanjang anda membaca cubalah mencari sendiri berapa banyakkah ketidakseimbangan yang berlaku. Tidak sekali-kali menolak dunia, namun sekadar berusaha mengubah keseimbangan. Sekiranya generasi sebelum kita sudah tersilap mendidik, jangan salahkan mereka sebaliknya kita berusaha membetulkan mentaliti mereka, kita dan juga generasi selepas kita. Didiklah anak-anak atau bakal generasi kita selepas ini dengan keseimbangan supaya mereka tidak tersalah tafsir akan matlamat hidup dan terus menerus berfikiran seperti apa yang kita fikirkan sebelum ini.
Perkara yang ingin disentuh disini juga adalah kesilapan yang kita bangga-banggakan. Lantas menganggap kesilapan itu adalah betul. Pada zaman sekarang berlaku di kalangan masyarakat kita, zina lebih mudah daripada berkahwin. Betul atau tidak? Renung kembali betul atau tidak? Berapa ramai bayi yang tidak berdosa dibuang, berapa ramai yang tinggal sebumbung tanpa berkahwin. Kenapa? Banyak sebabnya. Namun antara penyumbang terbesar dalam masalah ini adalah mentaliti kita. Bukankah kita berfikir sekiranya tidak ada sejumlah wang yang besar maka kita tidak mampu berkahwin? Disebabkan keluarga mahukan majlis yang grand, membazir-bazir atas sesuatu yang tidak sepatutnya dan yang paling sedih semakin lama, semakin mendekati cara-cara pernikahan Kristian dan Yahudi pada setiap majlis yang kita kunjungi mahupun yang sering di paparkan.
Mulai hari ini ubahlah cara kita berfikir, sekiranya ada seorang lelaki yang datang meminang, selidik dirinya akan Islamnya, sekiranya baik orangnya namun beliau tidak mampu menyediakan hantaran besar seperti kita angan-angankan, apa kata kita nikahkan sahaja? Kerana kehidupan selepas berkahwin adalah penting untuk mereka, bukan pada hari perkahwinan. Dan orang yang berpegang teguh kepada agama Allah tidak akan berlaku zalim, mereka akan berusaha sebaik mungkin memenuhi tuntutan Islam, yakni memberi ilmu agama, dan juga memberi nafkah. Bukankah Islam itu indah? Telah diwajibkan atas seorang suami itu mencari nafkah untuk isteri mereka. Tidak perlukah kita risau sekiranya bakal suami anak-anak kita orang-orang yang mengamal Islam. Disebabkan itu kita perlu perbetulkan minda kita ketika memilih bakal suami kepada anak-anak kita. Diharap pembaca jelas akan hal ini.
Sekali lagi diharap pembaca terutama pembaca yang mengenali diri ini,tidak merasa mereka diperli atau sebarang syak wasangka..Saya menulis ini bukan untuk menunjukkan betapa baik nya saya atau betapa jahatnya kalian yang mungkin terasa kerana pernah melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi,tetapi saya menulis adalah untuk peringatan diri sendiri di samping sama-sama memperingati sesama kita sebagai sesama muslim >::: )




hsil pnulisan yg bgus...tq
BalasPadamthanks//
BalasPadamBack 2 the basic.awak macm baru tersedar.environment awak tak terdidik macm tu dari kecik lagi ker?
BalasPadamBack 2 the basic.awak mcm baru tersedar
BalasPadamTanpa nama >> yer..dr kecik sy x terdidik cmni.. baru je tersedar..moga tuhan lebih tunjukkan sy ke jalan yg di redhainya..insayaallah :)
BalasPadamAlhamdulillah saudara..
BalasPadamsatu luahan perasaan yg terbaek..
sem0ga byk lgi penulisan sbegini diterbitkn..
salam dari t0ra..