Bersama saudara wan dan Mior..
Baiklah saya teruskan hujah saya yang seterunya untuk kefahaman kita bersama....
Secara logiknya, setiap benda yang manusia reka itu beserta dengan manualnya, atau cara gunanya. Sebagai contoh, kita membeli sebuah mesin basuh, jadi kita merujuk kepada manual akan cara-cara menggunakannya. Sekiranya kita memandai-mandai menggunakan cara kita sendiri maka mesin basuh tersebut akan rosak. Andaikata kita tidak menyambungkan kepada punca elektrik maka mesin basuh itu tidak berfungsi. Dan kita tertanya-tanya kenapakah mesin ini tidak berfungsi? Bukankah soalan itu wujud atas dasar kebodohan kita sendiri?
Begitu juga dengan dunia ini. Allah telah menciptakan alam ini bersertakan dengan panduannya sekali yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya kita tidak mengikut apa yang telah diturunkan dalam manual ini maka kita secara tidak langsung sedang menuju ke arah kerosakan dan kesesatan. Di kala kita tertanya-tanya apakah punca masalah sosial yang teruk berlaku di kalangan masyarakat hari ini, kita lupa perumpaan seperti mesin basuh yang kita beli tadi. Soalan itu wujud atas kejahilan kita kepada panduan yang telah Allah tetapkan. Sesungguhnya, Allah menjadikan kita dan semua makhluk maka hanya Dia lah yang sebenar-benar layak dan mengerti apakah panduan terbaik untuk kita. Apakah minda kita masih berbangga-bangga dengan kemajuan di zaman kita lantas menolak panduan yang diturunkan kerana merasakan diri kita terlampau bijak? Adakah kita merasakan kita lebih pandai dari Allah?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan