TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Selasa, 11 Januari 2011

Peperangan 4 : Peperangan dengan` ORANG`

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah yang telah menggagahkan aku untuk terus menulis di Blog yang agak kebosanan ini dan cukup gembira buatku yang `suka` menulis..Ingat zaman2 sekolah dulu, aku amat sukakan subjek Bahasa Melayu..Sukakan karangan..Terdetik juga ingin menjadi penulis suatu hari nanti..Rezeki Allah,siapa yang tahu..Akhirnya,kerjaya lain yang aku ceburi..Maritim,kerjaya yang agak tersasar jauh dari angan-anganku masa zaman sekolah2 dahulu..hehehehe...Dan aku tetap bersyukur..Amin...


Sebelum aku terpesong lebih jauh dari topik yang aku ingin bincangkan hari ini,eloklah aku teruskan dengan tajuk yang ke-
4..~PEPERANGAN DENGAN `ORANG`~


Minda kita suka membuat andaian. “Kalau buat macam ni nanti orang cakap apa…” Kita lebih malu kepada manusia melebihi malu kepada Allah. Kita lebih suka mencari keredhaan manusia melebihi keredhaan Allah. Secara tidak langsung aktiviti seharian kita di buat atas niat untuk orang. Dimakanah tujuan hidup kita yang kita bincangkan selama ini? Dan ingatlah, carilah keredhaan Allah biarpun pada ketika itu semua manusia membenci apa yang kamu lakukan, dan jangan mencari keredhaan manusia dimana ketika itu semua manusia menyukai apa yang kamu lakukan itu padahal Allah tidak menyukainya. Cukup! Berhentilah dari membuat sesuatu semata-mata kerana manusia. Kita berangan-angan menjadi kaya supaya manusia menyanjung kita, kita membuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia yang lain. Dan kita begitu takut akan penilaian yang manusia buat terhadap kita sedangkan kita lupa Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Berapa ramaikah anak-anak muda ketika ini menjadikan artis sebagai idola mereka? Baik dari segi berpakaian mahupun cara hidup. Sudah lupakah akan idola sebenar? Minda kita hendaklah di bentuk supaya menjadikan Rasulullah (S.A.W) sebagai sebenar-benar idola yakni contoh tauladan yang baik.
Menyentuh soal orang, berlaku perkara-perkara yang agak pelik dalam masyarakat kita. Sekiranya seseorang yang berkereta mewah dan berharta serta memakai pakaian yang mahal-mahal datang dan berkata-kata. Kita menumpukan sepenuh perhatian dan lantas percaya akan kata-katanya walaupun apa yang dikatakan itu tidak benar dan lebih teruk lagi menyanggahi Islam. Dan datang pula seorang yang dalam keadaan hina dimata manusia, miskin lagi papa cuba untuk berkata-kata akan kebenaran maka tidak ada yang ingin mendengarnya malah menghina pula. Minda apakah ini? Oh! Ya! Kita sudah membentuk mind-set yang amat-amat salah iaitu menilai seseorang di atas apa yang dia pakai, hartanya dan sebagainya. Lupakah kita yang semua itu datang dari Allah? Ya sebenarnya kita selalu lupa.
Mulai hari ini jangan lah kita menganggap seseorang itu tidak mempunyai nilai dan harga diri sekiranya dia miskin atau tidak berpelajaran tinggi. Minda kita selalu ingin melihat seseorang itu jatuh. Dengan harapan semasa dia jatuh kita boleh berkata “Padan muka, masa senang dulu sombong”. Buanglah sifat dengki ini kerana langsung tidak menguntungkan. Cukuplah menjadi hakim atas kesalahan orang lain sehinggakan kita lupa akan kesilapan kita sendiri. Apa kata kita tukar mentaliti ini dengan berdoa agar Allah tambahkan imannya sekiranya seseorang itu kaya, supaya dia boleh berbakti ke jalan agama. Bukankah itu lebih baik?
Setiap orang itu mempunyai kerenah dan perangai buruk masing-masing. Jika buruk di cari, buruk lah yang kita jumpa. Jika baik dicari maka kebaikan yang kita nampak. Pandang sekeliling kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita. Pernahkah kita berdoa agar mereka menjadi seorang yang beriman? Atau berpesan-pesan ke arah kebaikan? Atau kita selama ini penuh dengan hasad dan dengki semoga mereka di timpa kesusahan?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan