TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Khamis, 31 Januari 2013

Tenkiu EAmy

Alahamdulillah.,dapat balik pssword yg aku lupa.,
ingatkan klau dh lupa,mmg xleh masuk,rupanya,bleh jer dapat balik ngan reactive pssword n search kt google :) tenkiu emy coz kasi idea..
xde apa nk share kali ni,saja nk testing2 post kt blog ni.. :)

Ahad, 24 Jun 2012

42 movie yang paling aku suka tengok


Yang mana aku Highlight adalah TERBAIK bagi aku (recommended) 
1. Lord of the rings
2. Gurukul ( Hindustan )
3. Death Note 1,2
4. The Number 23
5. Lucky Number Slevin
6. Saw 1 , 2, 3, 4, 5, 6, 7 
7. kuch2 Hota Hai
8. The Mechanic
9. Apocalypto
10. Blood in Blood Out
11. Blood Diamond
12. Ghost Ship
13. Slumdog Millionaire
14. Superbad
15. Swordfish
16. The Terminal
17. Snatch
18. Back to the Future 1,2,3 * ( Suka sebab zaman kanak2 aku,aku tgk movie nie ngan 2 org akak aku )
19. Insomnia
20. Infernal Affairs
21. Secret Window
22. Space Travelers 
23. My wife is Gangster 1 , 2 , 3
24. My Bos My Hero (TV)
25. CJ7 ( The Cartoon 2010)
26. Coming To America
27. God Of the Gambler 1,2,3 
28. School of Rock
29. Nur kasih ( boleh la tahan ) hehe
30. Airplane!
31. Echelon Conspiracy 
32. A.I. Artificial Intelligence 
33. Battle Royale 1
34. The Arrivals (dokumentari)
35. 21
36. 3 Idiots
37. Paycheck
38. The Shawshank Redemption
39. The Island
40. Case 39
41. Avatar
42. Transformers

Perubahan Mendadak hidup aku angka `28`

Alhamdulillah..,dh lama aku x bukak blog aku ni.,dh berbulan2 aku x share apa2//..
Kali nie aku nk share apa yg terjadi kt aku dlm tempoh berbulan2 aku menyepi dlm blog ni.. :)
Hujung tahun 2011, aku `berkawan` ngan seorang gadis yg membawa perubahan besar dlm hidupku.,yg membawa sinar paling indah dlm hidupku..,dan pemberian / anugerah paling bernilai dari Allah untuk aku.,

Nor Najwa Liana Binti Shaharuddin >>,begitulah nama penuh si gadis comel ni.,yg mmg membuatkanku jatuh cinta tahap gaban kt dia.,di pendekkan cerita,sesi perkenalan , sesi kenal mengenal, berkawan , dan akhirnya menjadi kekasihku.,indah nyer dunia saat aku mula bercinta dengan si gadis ni :) 


Tahun 2012 : Suku pertama untuk tahun ni, aku pergi berjumpa dengan ayah gadis nie di Batu Pahat, Johor,dan aku berterus terang dengan org tua nya mengatakan aku amat2 menyintai gadis ini dan ingin mengambil dia sebagai permaisuri sepenuh masa dlm hidupku..,Alhamdulillah.,ayah nya merestui perhubungan kami. 


Dan pada tarikh hari ni, 24 Jun 2012 , tinggal lagi 6 hari lagi aku akan melangsungkan majlis perkahwinan dengan gadis ni :) alhamdulillah.,apa yg aku inginkan selama ini menjadi kenyataan, Cinta akhirnya datang dlm hidupku.,Terima kasih..,  



Ahad, 11 Disember 2011

Masjid Likas Kota Kinabalu

Kali ni aku nak share pasal masjid paling cantik kt kota kinabalu ni..Masjid Bandaraya Likas, terletak kt likas kota kinabalu..Dekat ngan opis aku.,
Masjid ni la tempat aku solat jumaat , berhenti solat kalau aku kuar bandar kk ni..Aku amatlah suka tengok pemandangan masjid ni.,cantik., :)

Dibina atas tasik buatan. Paling cantik kalau kita tengok time malam

Waktu petang sementara aku tggu time nk masuk magrib.,sempat aku snap pic ni.. :)  


Kebetulan ada lak pelangi..aku snap je la skali.. :)


Pintu masuk ke dalam masjid ,kt dalam masjid dh ni.,

Malas lak aku nk type tentang sejarah penubuhan masjid ni.,lagipun aku x kaji pun. :P
Apa yang aku nk share kali ni,just nk tunjukkan keindahan masjid ni je. Tiap kali aku pegi solat jumaat kt masjid ni, suasana nya mmg agak ketara beza dia dari hari2 lain.Penuh.,alangkah bestnyer klau tiap2 hari tiap2 kali solat sama je suasana cam hari jumaat., :)
Aku sendiri pun xde la selalu sgt pegi masjid tuk solat jemaah ramai2, agak terkilan, 27 pahala yang di `offer`kan.,1 pahala tu jugak yang aku pilih.( tu pun kalau sempurna solat aku,klau x sempurna,berapa je la yang aku dapat...huhu ),kerdil rasanya diri aku.,nak2 plak mmg kita di sarankan tuk solat jemaah tuk semua solat2 fardu kita., :(


You All In ??I call... :)








Jumaat, 9 Disember 2011

Efa syafea anak buah aku ...

Efa time umur bape bulan ntah.,kira x ckup setahun lagi la seingat aku masa gambar ni di ambil..

Kali ni aku xde nk tulis apa2.,saja nk share ngan korang gambar anak buah kesayangan aku ni...,Sedar x sedar.,si efa ni dh membesar, bapak sedara dia ni ( aku la ) sama je cam dulu.,x brubah2..hihihi


Time ni umur dia setahun seingat aku..,

 Time pic ni di ambil,efa dh cam anak cina aku tengok..hihihi..,comel.,x kuat nangis..dan amat manja ngan nenek dia ( mak aku )..suka sangat dia bila balik kampung jupe tok ayah n nenek ( dia panggil tok mok ) dia.. :)

Umur efa 2 tahun 

Time umur 2 tahun ni,efa dh pandai n petah berkata2 dah.. suka borak n layan budak ni..hihi

Yang ni time efa umur 2 tahun lebih..

Kakak empal..hihi..aku kasi nama dia ``kakak empal`` time aku balik bercuti dan melepak umah dia time ni..pic ni di ambil time makan nasi kat umah akak aku kt kL..

Efa time sekarang...3 tahun..emm..comel , dh pandai pkai tudung.,harap si efa ni akan jadi muslimah dan anak yang baik bila besar nanti :)

Budak2 sudah makin membesar.,sedar x sedar usia aku dh nak masuk 28..,emm.,apa perubahan dalam idup aku ni pun aku sendiri tak pasti.Seronok tengok kanak2 membesar.,walaupun jarang aku jumpa anak2 buah aku ni,tapi setiap kali aku balik bercuti,pasti ada je perubahan..Dan aku sendiri tertnya2 , perubahan apa yang aku lakukan dalam idup aku sendiri ...Yang pasti..Umur makin meningkat, angka 60 semakin dekat.,.. :( 

YOU ALL IN ?? I FOLD.....







Sabtu, 26 November 2011

Layan bola kat Kedai mamak

Ramai orang gila bola. Tapi yang x best kalau terlampau fanatik.,bergaduh,caci maki,dari real-life kepada fesbuk, youtube, forum dan sebagainya la.,contoh terbaru cam dunia bola sepak indonesia yang mempunyai penyokong terlampau fanatik sehingga sanggup menyentuh isu2 sensitif dan memaki hamun malaysia..emm...Sabar je la aku ngan penyokong indonesia ni. Tu satu cerita,cerita kedua pulak.,jap layan gambar ikon dalam bola sepak di planet bumi ni dulu...


Dah puas tengok messi dan ronaldo??hihi... Cerita kedua pulak,biasanya peminat bola ni suka sangat tengok bola kat kedai mamak. Yang x best nya, banyak yang aku perhatikan cara kita panggil mamak yang ambil order dengar cara yang kasar, pastu marah2, maki hamun dan macam2 lagi la. Macam hamba abdi pulak..
Betul mungkin mereka hina di mata kita, namum siapa yang tahu mungkin mereka lebih mulia pada pandangan Allah..??

You All In ?? I Fold >>>

Sabtu, 19 November 2011

Kisah Benar jadi kat aku~~


Mari aku ceritakan apa yang pernah terjadi kepada aku dan peristiwa ini sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala aku walaupun telah lama berlaku. Seingat aku kalau x salah berlaku pada 10 tahun yang lalu. Pada suatu petang aku ronda-ronda dengan motosikal di kawasan kampung aku. Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik tua menolak motosikal kerana kehabisan minyak lalu aku menghampiri pakcik itu dan meng-oferkan diri aku untuk membantunya. Aku pun "menunda" motor pakcik tu sampai ke rumahnya yang agak jauh dari rumah aku. Selepas itu aku terus balik ke rumah.




Selepas beberapa hari, aku pun keluar bersiar-siar jauh dari rumah aku menaiki motosikal. Kawasan yang aku pergi kali ini di dalam kampung yang ber-geography-kan hutan tebal. DING! motor aku abis minyak, duit satu sen tak ada dalam poket. Allah! Kalau nak tolak jauhnya... Time nie baru nak ingat Allah. Nie la sikap manusia time susah baru nak ingat Tuhan. Aku berhenti tepi jalan, dan selepas 10 saat berfikir aku mengambil keputusan untuk menolak motor tu balik ke rumah (mungkin 3 jam baru sampai rumah kalau aku tolak). Langkah pertama aku terus terlintas "Aku pernah tolong tunda motor pakcik aritu, semoga Allah menolong aku juga seperti Allah tolong pakcik motor aritu" Langkah kedua, Langkah ketiga. "Dik!!! Bakpo tu?" (Adik kenapa tu?) aku terdengar suara makcik-makcik yang sedang menunggu ikan memanggil aku. Selepas bercerita, makcik-makcik menyuruh budak kecik pergi beli minyak motor. "Syukur yang tidak terhingga pada Allah" Dalam hutan tebal ada rumah jugak~

Aku pun balik rumah mintak duit dekat mak aku, beli kuih pergi tempat makcik-makcik tadi dan hadiahkan mereka kuih~ hehehe

U all in?? I call ..~~~