TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Rabu, 12 Januari 2011

Peperangan 6 : Peperangan melawan raksasa Kondorf...

Peperangan melawan raksasa kondorf???Pernahkah anda mendengar mengenai raksasa kondorf yang saya sebutkan ini?Buat saudari zihan farhana,dialah insan yang paling mengenai raksasa yang saya sebutkan ini.hik..hik.hik...
Sebelum saya memulakan apa yang saya igin saya katakan nanti.Tidak perlulah anda semua memeningkan kepala memikirkan apa itu raksasa kondorf.Biar lah saya dan saudari zihan farhana ( kawan chat saya yang saya kenali menerusi laman sosail Facebook ) yang tahu dan faham mengenai raksasa kondorf.. :)
Kali ini saya ingin membincangkan isu PEMIKIRAN SUAMI..Juga ilham yang saya dapat semasa saya `chatting` dengan saudari zihan farhana yang bergurau dengan saya mengenai ciri-ciri seorang blogger yang katanya memerlukan unsur-unsur keibubapaan.Dan saya menyambungnya dengan menambah satu unsur lagi iaitu suami yang baik~~hahaha..poyo betul bunyinya..


Kekok untuk membincangkan tajuk ini kerana saya bukanlah seorang suami.Bukan setakat suami,malahan teman wanita juga saya belum miliki. :).Mana mungkin saya memahami kehidupan seorang suami yang diamanahkan oleh Allah serta menggalas tanggungjawab yang begitu besar diberikan kepada seseorang bergelar suami.Dengan  penuh rasa hina ,dengan kejahilan diri saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa ataupun cuma hanya pandai bercakap sahaja keran saya bukanlah seorang suami.Namum ingin saya gagahkan diri untuk meneruskan catatan ini unutk renungan dan persiapan diri dalam mengharungi kehidupan seorang suami apabila sampai masanya nanti ( insyaallah..).

Merujuk kepada masyarakat kita secara jelas kita mampu melihat ramai suami-suami yang berjaya dalam memenuhi nafkah zahir. Alhamdulillah syukur di atas kurniaan Allah di atas segala rezeki dan nikmat yang diberikan. Namun mengapakah ada sesetengah yang gagal memberikan nafkah batin? Disini minda kita mentafsirkan nafkah batin adalah hubungan kelamin semata-mata. Bukankah roh isteri kita memerlukan makanan jua? Bukankah itu juga batin namanya? Sekiranya jasad memerlukan nasi untuk dimakan dan suami bertangung-jawab memberi makanan sebagai nafkah zahir, dikala roh memerlukan makanan seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat fardhu lain kita sebagai suami tidak mahu memberi pendedahan untuk isteri kita menunaikannya? Atau kita sendiri tidak menunaikanya? Secara mudahnya, suami juga bertanggungjawab memberikan ilmu agama kepada isteri mereka.

Bagaimanakah jika seseorang suami itu jahil? Dan ingatlah sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi pengajar, jadilah pelajar. Pelbagai alternatif mampu di lakukan sekiranya kita betul-betul menginginkan. Jika kita mampu membawa isteri kita honeymoon di luar negara, atau di tempat-tempat popular yang jauh letaknya dari rumah kita, adakah kita tidak mampu membawa isteri kita ke masjid yang kubahnya boleh di lihat dari tinggap rumah kita sendiri? Kita mampu membeli CD karaoke, ataupun lagu-lagu tidak mampu untuk kita membeli cd kuliah agama? Kita mampu membeli majalah hiburan tidak mampu kita membeli kitab-kitab agama? Untuk kita dan isteri sama-sama belajar.

Situasi yang ada terjadi adalah dimana bila seorang suami tiba-tiba mendapat kesedaran lalu ke masjid dan mendengar serta faham bahawa kita sebagai suami seharusnya memastikan isteri kita menutup aurat. Beliau balik ke rumah dengan semangat berkobar-kobar ingin membetulkan kesilapan dia dan isterinya lantas berkata:-
Suami: Sayang, I dengar ustaz kata perempuan kena tutup aurat…
Isteri: Haha.. u baru je g masjid dua tiga hari ni da balik nak jadi ustaz. U dulu lagi teruk dari I. Tak payah nak tunjuk alim la.
Suami:…… (terkedu)
Sejak hari itu suami tidak lagi berani menegur isterinya. 

Kenapa kita terus berputus asa? Dan ingatlah ketika Rasulullah cuba menyampaikan ajaran Islam berapa ramaikah yang menentang? Berapa ramaikah yang telah mencaci, mengejek dan mendustakan Baginda? Sehinggakan Rasulullah terpaksa melalui perjalanan yang begitu perit dan getir dalam usaha menyampaikan Islam. Sekiranya Allah mahu, pada ketika itu Allah boleh menjadikan semua orang beriman kepadaNya. Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa Allah ingin membalas segala dugaan dan rintangan yang telah ditempuhi dalam menyampaikan kebenaran? Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa Allah tidak sekali-kali akan menyoal adakah kamu berjaya membawa mereka kepada Islam. Namun akan di tanya “Adakah kamu sudah sampaikan?”

Oleh itu janganlah kita berputus asa dalam mendidik isteri kita disamping sentiasa berdoa agar dibukakan pintu hati mereka. Atau lihat kembali adakah cara kita menegur itu silap? Perempuan itu lembut hati mereka, jadi disini dalam membawa kebenaran, bawalah secara penuh hikmah. Semoga keluarga kita di berkati Allah, sesungguhnya redha Allah itu adalah sebaik-baik anugerah.

Jika dilihat betapa ramai suami-suami dengan rasa tidak bersalah membiarkan isteri mereka tidak bersolat dan membiarkan aurat isteri mereka dibuka di khalayak ramai. Ya Allah, aku berlindung dari mengatakan yang tidak benar. Mungkin perkataan yang bakal digunakan menimbulkan rasa marah atau tersinggung namun maaf terpaksa juga diucapkan. Sebenarnya kita sebagai suami adalah dayus sekiranya kita membiarkan isteri kita membuka aurat kepada bukan muhrimnya. Dan sekiranya ada di kalangan pembaca yang telah membiarkan perkara ini berlaku, saya memohon maaf atas kelantangan bersuara. Saya dengan rasa rendah diri menyeru diri saya sendiri dan pembaca sekalian supaya mengubah persepsi ini kerana kita sebagai suami ini merupakan antara tanggung-jawab yang sentiasa kita lupakan. Berhenti sejenak untuk para suami atau isteri, atau bakal suami atau bakal isteri, mintalah kepada Allah dengan seikhlas-ikhlas hati agar perkahwinan kita diredhaai Allah agar di tunjukkan kita jalan yang lurus. Dan semoga anak-anak kita atau bakal zuriat kita menjadi hamba yang benar-benar bertawalkal, soleh dan bermanafaat kepada kita.


Selasa, 11 Januari 2011

Peperangan 5 : Mengapa kita susah untuk bersyukur??

Assalamualaikum semua ..,Alhamdulillah dan syukur terhadap Allah kerana masih memberikan kesempatan pada saya untuk menyambung lagi penulisan saya untuk bab yang seterusnya.,Ilham untuk tajuk ini di ambil semasa saya sedang berborak2 bersama 2 orang kawan saya iaitu saudara Thuang dan Firdaus....Menyebut  dan bercerita mengenai kerja kami..
Bersama kawan baik aku Thuang..

ok..,mula2 jom kita baca contoh ini :~~~~
Esok cuba anda masuk pejabat dan janganlah sesekali membuat kerja. Sebaliknya pergi berjumpa bos anda dan mengatakan “Thank you bos” dan kembali ke kerusi anda dan tidur. Apabila sampai lunch-hour selepas bangun dari tidur sambil-sambil lalu di depan bilik bos anda katakan sekali lagi “Thank you bos”. Dan ketika anda hendak balik terlupa pula mengucapkan “thank you bos”, tak mengapa, call bos anda cakaplah “Thank you bos” . 
Bila bos tanya “Mana kerjanya dah siap belum?” kita dalam memejamkan mata tidur menjawab “Thank you bos”.~~~
Apakah pendapat anda pembaca yang bijaksana mengenai hal ini?
Bandingkan orang yang mengatakan bersyukur tetapi tidak bersolat, meneruskan maksiat, meninggalkan suruhan Allah, bakhil terhadap jalan-jalan agama. Di mana tandanya? Seperti telah disebut bercakap itu senang dan mengerjakan itu amatlah sukar. Sama-sama lah kita berdoa agar Allah menetapkan hati kita, menambahi iman kita serta memberi rahmat mudah-mudahan kita mudah dalam mengerjakan amal kebaikan.
Susah sangat kah untuk kita menunaikan solat?susah sangatkan untuk kita mengucapkan kata-kata syukur pada Allah yg memberikan rezeki kita yang kita nikmati setiap hari??susah sangat kah??


Kita selalu mengucapkan `terima kasih` kita kepada bos kita,kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja yang menolong kita atau memberikan kita sesuatu.Tapi kita teramatlah susah untuk mengucapkan `terima kasih Allah / Alhamdulillah` kepada Maha Pemberi rezeki untuk kita.Lawak jenis apakah ini??Ya Allah...Jahilnya Aku Ya Allah..Harta yang kau Limpahkan kepada kami,kesenangan yang kau kirimkan kepada kami,tapi kami teramat susah untuk berterima kasih kepada mu Ya Allah..




Peperangan 4 : Peperangan dengan` ORANG`

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah yang telah menggagahkan aku untuk terus menulis di Blog yang agak kebosanan ini dan cukup gembira buatku yang `suka` menulis..Ingat zaman2 sekolah dulu, aku amat sukakan subjek Bahasa Melayu..Sukakan karangan..Terdetik juga ingin menjadi penulis suatu hari nanti..Rezeki Allah,siapa yang tahu..Akhirnya,kerjaya lain yang aku ceburi..Maritim,kerjaya yang agak tersasar jauh dari angan-anganku masa zaman sekolah2 dahulu..hehehehe...Dan aku tetap bersyukur..Amin...


Sebelum aku terpesong lebih jauh dari topik yang aku ingin bincangkan hari ini,eloklah aku teruskan dengan tajuk yang ke-
4..~PEPERANGAN DENGAN `ORANG`~


Minda kita suka membuat andaian. “Kalau buat macam ni nanti orang cakap apa…” Kita lebih malu kepada manusia melebihi malu kepada Allah. Kita lebih suka mencari keredhaan manusia melebihi keredhaan Allah. Secara tidak langsung aktiviti seharian kita di buat atas niat untuk orang. Dimakanah tujuan hidup kita yang kita bincangkan selama ini? Dan ingatlah, carilah keredhaan Allah biarpun pada ketika itu semua manusia membenci apa yang kamu lakukan, dan jangan mencari keredhaan manusia dimana ketika itu semua manusia menyukai apa yang kamu lakukan itu padahal Allah tidak menyukainya. Cukup! Berhentilah dari membuat sesuatu semata-mata kerana manusia. Kita berangan-angan menjadi kaya supaya manusia menyanjung kita, kita membuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia yang lain. Dan kita begitu takut akan penilaian yang manusia buat terhadap kita sedangkan kita lupa Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Berapa ramaikah anak-anak muda ketika ini menjadikan artis sebagai idola mereka? Baik dari segi berpakaian mahupun cara hidup. Sudah lupakah akan idola sebenar? Minda kita hendaklah di bentuk supaya menjadikan Rasulullah (S.A.W) sebagai sebenar-benar idola yakni contoh tauladan yang baik.
Menyentuh soal orang, berlaku perkara-perkara yang agak pelik dalam masyarakat kita. Sekiranya seseorang yang berkereta mewah dan berharta serta memakai pakaian yang mahal-mahal datang dan berkata-kata. Kita menumpukan sepenuh perhatian dan lantas percaya akan kata-katanya walaupun apa yang dikatakan itu tidak benar dan lebih teruk lagi menyanggahi Islam. Dan datang pula seorang yang dalam keadaan hina dimata manusia, miskin lagi papa cuba untuk berkata-kata akan kebenaran maka tidak ada yang ingin mendengarnya malah menghina pula. Minda apakah ini? Oh! Ya! Kita sudah membentuk mind-set yang amat-amat salah iaitu menilai seseorang di atas apa yang dia pakai, hartanya dan sebagainya. Lupakah kita yang semua itu datang dari Allah? Ya sebenarnya kita selalu lupa.
Mulai hari ini jangan lah kita menganggap seseorang itu tidak mempunyai nilai dan harga diri sekiranya dia miskin atau tidak berpelajaran tinggi. Minda kita selalu ingin melihat seseorang itu jatuh. Dengan harapan semasa dia jatuh kita boleh berkata “Padan muka, masa senang dulu sombong”. Buanglah sifat dengki ini kerana langsung tidak menguntungkan. Cukuplah menjadi hakim atas kesalahan orang lain sehinggakan kita lupa akan kesilapan kita sendiri. Apa kata kita tukar mentaliti ini dengan berdoa agar Allah tambahkan imannya sekiranya seseorang itu kaya, supaya dia boleh berbakti ke jalan agama. Bukankah itu lebih baik?
Setiap orang itu mempunyai kerenah dan perangai buruk masing-masing. Jika buruk di cari, buruk lah yang kita jumpa. Jika baik dicari maka kebaikan yang kita nampak. Pandang sekeliling kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita. Pernahkah kita berdoa agar mereka menjadi seorang yang beriman? Atau berpesan-pesan ke arah kebaikan? Atau kita selama ini penuh dengan hasad dan dengki semoga mereka di timpa kesusahan?



Isnin, 10 Januari 2011

Peperangan 3 : Minda

Sebelun saya pergi jauh lagi..Sebelum terlupa,ucapan terima kasih aku kepada saudara Mior yusoff yang telah membantu aku membuat blog ini..Dan Adik abang ipar saya yang tolong menyelesaikan masalah yang memeningkan kepala otak saya disebabkan kerendahan akal dan kurangnya ilmu pengetahuan saya dalam bidang it ini..Terima kasih,terima kasih,terima kasih...\
Bersama saudara wan dan Mior..

Bercakap pasal teknologi,kecanggihan,dah kepandaian manusia (bukan ditujukan kepada saudara mior atau saudari cik Yah ek.. :P), Mentaliti kita menganggap zaman yang kita lalui sekarang adalah canggih, moden dan maju. Sehinggakan ada yang terdetik bahawa Islam itu sudah mundur dan tidak relevan.Ada yang berfikir yang Islam sudah tidak relevan pada zaman sains dan teknologi? Kerana kita tidak pernah mendalami Islam, tidak pernah mengamalkan Islam. Jangan sesekali menganggap hukum Allah tidak sesuai, jangan sesekali menyangka hukum ciptaan manusia lebih baik.
Baiklah saya teruskan hujah saya yang seterunya untuk kefahaman kita bersama....
Secara logiknya, setiap benda yang manusia reka itu beserta dengan manualnya, atau cara gunanya. Sebagai contoh, kita membeli sebuah mesin basuh, jadi kita merujuk kepada manual akan cara-cara menggunakannya. Sekiranya kita memandai-mandai menggunakan cara kita sendiri maka mesin basuh tersebut akan rosak. Andaikata kita tidak menyambungkan kepada punca elektrik maka mesin basuh itu tidak berfungsi. Dan kita tertanya-tanya kenapakah mesin ini tidak berfungsi? Bukankah soalan itu wujud atas dasar kebodohan kita sendiri?
Begitu juga dengan dunia ini. Allah telah menciptakan alam ini bersertakan dengan panduannya sekali yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya kita tidak mengikut apa yang telah diturunkan dalam manual ini maka kita secara tidak langsung sedang menuju ke arah kerosakan dan kesesatan. Di kala kita tertanya-tanya apakah punca masalah sosial yang teruk berlaku di kalangan masyarakat hari ini, kita lupa perumpaan seperti mesin basuh yang kita beli tadi. Soalan itu wujud atas kejahilan kita kepada panduan yang telah Allah tetapkan. Sesungguhnya, Allah menjadikan kita dan semua makhluk maka hanya Dia lah yang sebenar-benar layak dan mengerti apakah panduan terbaik untuk kita. Apakah minda kita masih berbangga-bangga dengan kemajuan di zaman kita lantas menolak panduan yang diturunkan kerana merasakan diri kita terlampau bijak? Adakah kita merasakan kita lebih pandai dari Allah?

Jangan sekali-kali kita berfikiran bahawa Islam itu mundur. Mulai detik ini, ayuhlah kita mengubah cara hidup kita supaya bertepatan dengan kehendak Islam yakni panduan hidup kita.

Peperangan 2 : Mentaliti Kita

Bab ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan Bab 1. Disini kita bersama-sama melihat bagaimana mentaliti kita telah mengheret kita jauh dari tujuan asal kehidupan kita. Kita mulakan dengan mentaliti yang telah di tanam sejak kita kecil lagi.


Belajar pandai-pandai nanti boleh masuk universiti. Selepas keluar universiti dapat kerja besar gaji besar dapat beli rumah besar kereta besar. Kita membesar dalam sistem ini. Kita telah di asuh oleh satu sitem yang telah meletakkan matlamat hidup kita jauh tersasar. Kenapa tersasar? Kerana sudah tidak ada keseimbangan (balance)dalam menyusuri galur kehidupan ini. Jika dilihat secara amnya, kita telah menyimpulkan perkataan “Berjaya” kepada sesuatu yang sangat-sangat bahaya. Kita menilai berjaya atau tidak seseorang itu bergantung kepada taraf pendidikan, serta harta yang dimiliki. Bila seseorang itu berharta kita mentafsirkan dia telah berjaya. Tanya diri kita balik. Apakah orang miskin itu tidak berjaya? Orang yang tidak dapat melanjutkan pelajaran itu tidak berjaya? Adakah mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang gagal? Jadi kita betulkan minda kita buat kali kedua setelah kita tetapkan tujuan hidup kita. Tafsirkan balik istilah “berjaya”.
Orang yang berjaya adalah orang yang takut kepada Allah, mengamalkan segala suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya. Oleh itu lihat kembali keadaan sekarang ini, tidak kira orang itu kaya atau miskin, berpendidikan tinggi atau tidak, sekiranya dia tergolong dalam hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh maka dialah orang yang berjaya. Berapa ramai orang-orang yang kaya tidak sembahyang? Berapa ramai orang-orang miskin yang kufur dan menyalahkan Allah atas kemiskinan mereka? Dan bandingkan kembali dengan orang-orang yang kaya namun hatinya zuhud, dan orang-orang yang miskin namun hatinya berserah kepada Allah. Oleh itu betulkan minda kita jangan sesekali menyalah gunakan istilah berjaya kerana secara tidak langsung anda telah membawa minda anda kepada kerosakan matlamat hidup.
Walau apa pun situasi anda sekarang, yang paling penting adalah bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya. Mentaliti ini sungguh berat untuk di kikis namun, berserah dirilah kepada Allah sebelum, semasa dan selepas berusaha.



Generasi kita dididik mengutamakan harta melebihi segalanya, umpama dunia ini kekal abadi. Tidak salah mencari harta bahkan disarankan. Kita di programkan dengan program yang tidak seimbang. Kita mencari harta sehingga lupa untuk bersolat. Ibu bapa memukul anak sekiranya anak tidak ke sekolah, namun jika anak tidur ketika solat subuh? “Kesian dia penat sebab banyak aktiviti di sekolah… Biarkan dia tidur”…. Biarkan….. Biarkan…. Biarkan… Tidak kesiankah anda sekiranya anak anda diseksa di hari akhirat kelak disebabkan tidak bersembahyang? Inilah ketidakseimbangan yang cuba untuk kita kaji. Ibu bapa begitu kecewa apabila anak-anak mereka gagal dalam peperiksaan. Sedih kerana anak mereka tidak pandai. Adakah ibu bapa juga bersedih sekiranya anak mereka jahil agama? Dimanakah keseimbangan mentaliti kita? Cuba kita renungkan kembali dimakah? Terlampau banyak contoh ketidak-seimbangan mentaliti yang terjadi di dalam masyarakat kita.


Ketika seorang lelaki datang meminang anak perempuan mereka, perkara yang pertama di tanya “kerja apa?” “pakai kereta apa?” namun langsung tidak ditanya sekali-kali “adakah lelaki ini menjaga solatnya?” “adakah lelaki ini bersedia membimbing anak perempuan mereka ke jalan yang diredhaai Allah?” Dimanakah terletak keseimbangan kita? Akhirnya kita sekali lagi membiarkan anak perempuan kita jatuh ke tangan seorang yang mampu memberi kemewahan hidup yang sementara itupun di atas rezeki Allah. Selama mana? Sekiranya anak perempuan ini berumur 20 tahun pada hari pernikahannya, dan ditakdirkan hidup selama 60 tahun. Selama 40 tahun sahaja. Bandingkan dengan seorang suami yang mampu membimbing isterinya mengikut landasan Islam tidak kira miskin atau kaya, selama mana manafaatnya kepada isteri beliau? Selama-lamanya. Allah Maha Besar!
Sepanjang anda membaca cubalah mencari sendiri berapa banyakkah ketidakseimbangan yang berlaku. Tidak sekali-kali menolak dunia, namun sekadar berusaha mengubah keseimbangan. Sekiranya generasi sebelum kita sudah tersilap mendidik, jangan salahkan mereka sebaliknya kita berusaha membetulkan mentaliti mereka, kita dan juga generasi selepas kita. Didiklah anak-anak atau bakal generasi kita selepas ini dengan keseimbangan supaya mereka tidak tersalah tafsir akan matlamat hidup dan terus menerus berfikiran seperti apa yang kita fikirkan sebelum ini.
Perkara yang ingin disentuh disini juga adalah kesilapan yang kita bangga-banggakan. Lantas menganggap kesilapan itu adalah betul. Pada zaman sekarang berlaku di kalangan masyarakat kita, zina lebih mudah daripada berkahwin. Betul atau tidak? Renung kembali betul atau tidak? Berapa ramai bayi yang tidak berdosa dibuang, berapa ramai yang tinggal sebumbung tanpa berkahwin. Kenapa? Banyak sebabnya. Namun antara penyumbang terbesar dalam masalah ini adalah mentaliti kita. Bukankah kita berfikir sekiranya tidak ada sejumlah wang yang besar maka kita tidak mampu berkahwin? Disebabkan keluarga mahukan majlis yang grand, membazir-bazir atas sesuatu yang tidak sepatutnya dan yang paling sedih semakin lama, semakin mendekati cara-cara pernikahan Kristian dan Yahudi pada setiap majlis yang kita kunjungi mahupun yang sering di paparkan.


Maka, lelaki-lelaki yang bekerja dan cuma mendapat sejumlah gaji yang kecil terpaksa berhutang kerana mustahil mampu mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk dihabiskan pada hari majlis yang cuma selama 1 hari sahaja. Lebih menakutkan lagi mereka berzina dengan pasangan masing-masing kerana desakan nafsu. Dan apabila perempuan mengandungkan anak luar nikah mereka membunuh anak tersebut demi menutup aib. Tidak terlintaskah di fikiran ibu bapa ketika anak mereka mengandungkan anak luar nikah “Alangkah baiknya sekiranya aku nikahkan mereka, biarlah majlis biasa-biasa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan Islam” Kita risau akan apa bakal suami anak kita hendak bagi isteri mereka makan, sedangkan kita mengaku rezeki itu datangnya dari Allah. Kita takut anak kita hidup susah. Kita mahu membuat majlis besar-besaran kerana ingin menunjuk-nunjuk, kita seumpama merelakan anak kita berzina demi menyelamatkan sebuah majlis yang kita ingin bangga-banggakan yang tempohnya selama sehari sahaja? Alangkah ajaib pemikiran kita pada masa sekarang.
Mulai hari ini ubahlah cara kita berfikir, sekiranya ada seorang lelaki yang datang meminang, selidik dirinya akan Islamnya, sekiranya baik orangnya namun beliau tidak mampu menyediakan hantaran besar seperti kita angan-angankan, apa kata kita nikahkan sahaja? Kerana kehidupan selepas berkahwin adalah penting untuk mereka, bukan pada hari perkahwinan. Dan orang yang berpegang teguh kepada agama Allah tidak akan berlaku zalim, mereka akan berusaha sebaik mungkin memenuhi tuntutan Islam, yakni memberi ilmu agama, dan juga memberi nafkah. Bukankah Islam itu indah? Telah diwajibkan atas seorang suami itu mencari nafkah untuk isteri mereka. Tidak perlukah kita risau sekiranya bakal suami anak-anak kita orang-orang yang mengamal Islam. Disebabkan itu kita perlu perbetulkan minda kita ketika memilih bakal suami kepada anak-anak kita. Diharap pembaca jelas akan hal ini.
Sekali lagi diharap pembaca terutama pembaca yang mengenali diri ini,tidak merasa mereka diperli atau sebarang syak wasangka..Saya menulis ini bukan untuk menunjukkan betapa baik nya saya atau betapa jahatnya kalian yang mungkin terasa kerana pernah melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi,tetapi saya menulis adalah untuk peringatan diri sendiri di samping sama-sama memperingati sesama kita sebagai sesama muslim >::: )

Peperangan 1 : My Life


Pernahkan anda tercari-cari apakah tujuan hidup anda? Di tengah kesibukan, pernahkah anda termenung sendirian bertanya apakah tujuan hidup aku? Ketika anda sedang dibelenggu pelbagai masalah pernahkah anda bertanya kenapa aku rasa tidak tenang? Kenapa aku rasa tidak cukup? Kenapa aku rasa susah? Pernahkah anda melihat seseorang dan berkata “alangkah baik sekiranya aku menjadi dia”. Sebelum pelbagai lagi soalan ingin kita jawab, apa kata kita mencari satu kebenaran yang mungkin semua orang tahu, tapi sering terlalai dalam mengingatinya. Kadang-kadang, soalan adalah lebih kompleks dari jawapan.
Kembali kepada soalan yang paling penting. 

APAKAH TUJUAN HIDUP KAMU?
Ramai yang tahu jawapan ini. Namun, sayangnya mereka percaya kepada jawapan ini tetapi tidak yakin. Oleh sebab itu, minda kita perlu di transformasikan. Sebelum kita cuba mengubah kembali mind-set kita, soalan ini adalah soalan penting kerana jawapan kepada soalan ini secara automatik menilai kita. Ayuh kita cuba bersikap jujur dengan diri kita sendiri paling tidak sekali seumur hidup. Berdasarkan jawapan kepada soalan di atas, kita bandingkan jawapan dan tindakan yang kita lakukan, aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Buat kali ke-2, soalan di ulang “APAKAH TUJUAN HIDUP KAMU?”
Jawapannya adalah:-
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” 51:56

Berhenti sejenak. Renung kembali. Berhenti membaca tulisan ini. Ambik masa muhasabah diri.
Mulai saat ini berpeganglah kepada tujuan hidup yang sebenar. Sekiranya sebelum ini kita mempunyai tujuan hidup lain, ubah minda kita, betulkan balik pemikiran kita. Rupa-rupanya, bila difikir-fikir balik kita cumalah hamba. Layakkah kita sombong? Layakkah kita memandang rendah kepada org lain? Layakkah kita merasa diri kita berkuasa? Layakkah kita menghina? Jawapan ini ada dalam diri kita sendiri. Tidak perlu dihurai, jawablah sendiri.
Kita sombong bila diri kita berharta, memandang yang miskin itu hina. Kita sombong bila kita berpendidikan tinggi, memandang orang yang tidak berpelajaran itu bodoh, kita sentiasa merasakan diri kita betul atas segala perbuatan kita dan suka menilai keburukan orang. Kenapa kita suka melihat keburukan seseorang? Kerana kita merasakan diri kita betul. Tetapi adakah diri kita betul-betul betul? Bagaimanakah cara untuk mengetahui diri kita betul?
Sekiranya kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka itulah jalan yang betul. Sejauh mana kita berpegang, tanyalah diri sendiri. Atau mungkin kita telah banyak berpaling dengan menjual pegangan kita untuk memperolehi keuntungan yang sedikit di atas dunia? Oleh itu renung kembali tujuan hidup kita, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berfikir.
Sekiranya ingin dihurai tajuk ini, boleh menjadi begitu panjang penghuraiannya, namun apa guna tulisan yang panjang lebar sekiranya soalan dan jawapan yang begitu mudah ada di depan mata?

True Duel??? Peperangan sebenar..??

Sebagai permulaan..biar aku huraikan apa yang ingin aku maksudkan kepada pembaca sekalian.Peperangan yang aku maksudkan ialah bukan seperti peperangan tembak menembak,bom mengebom atau seangkatan dengannya seperti yang kita selalu lihat di kata televisyen.Peperangan yang aku maksudkan ialah peperangan kita dengan diri kita sendiri..Peperangan mengatasi mentaliti kita,nafsu kita dan dalam semua aspek yang akan aku huraikan satu persatu nanti..Aku yakin ,masih ramai yang tidak paham apa yang aku cuba sampaikan.Jadi biar aku huraikan satu persatu supaya kita sama-sama paham..
SEKEJAP>>>>!!!Jangan berhenti di sini...!!
Jika pembaca merasa bosan,atau merasakan blog ini tiada apa yang menarik untuk di jadikan tatapan anda,aku x menghalang pembaca untuk terus membaca..Bagi pembaca yang sudi memberi ruang untuk membaca hasil tulisan aku ini,terima kasih aku ucapakan..
Untuk huraian atau tajuk yang pertama yang menjadi coretan aku ialah :
`My Life`