TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Rabu, 12 Januari 2011

Peperangan 6 : Peperangan melawan raksasa Kondorf...

Peperangan melawan raksasa kondorf???Pernahkah anda mendengar mengenai raksasa kondorf yang saya sebutkan ini?Buat saudari zihan farhana,dialah insan yang paling mengenai raksasa yang saya sebutkan ini.hik..hik.hik...
Sebelum saya memulakan apa yang saya igin saya katakan nanti.Tidak perlulah anda semua memeningkan kepala memikirkan apa itu raksasa kondorf.Biar lah saya dan saudari zihan farhana ( kawan chat saya yang saya kenali menerusi laman sosail Facebook ) yang tahu dan faham mengenai raksasa kondorf.. :)
Kali ini saya ingin membincangkan isu PEMIKIRAN SUAMI..Juga ilham yang saya dapat semasa saya `chatting` dengan saudari zihan farhana yang bergurau dengan saya mengenai ciri-ciri seorang blogger yang katanya memerlukan unsur-unsur keibubapaan.Dan saya menyambungnya dengan menambah satu unsur lagi iaitu suami yang baik~~hahaha..poyo betul bunyinya..


Kekok untuk membincangkan tajuk ini kerana saya bukanlah seorang suami.Bukan setakat suami,malahan teman wanita juga saya belum miliki. :).Mana mungkin saya memahami kehidupan seorang suami yang diamanahkan oleh Allah serta menggalas tanggungjawab yang begitu besar diberikan kepada seseorang bergelar suami.Dengan  penuh rasa hina ,dengan kejahilan diri saya memohon maaf sekiranya terkasar bahasa ataupun cuma hanya pandai bercakap sahaja keran saya bukanlah seorang suami.Namum ingin saya gagahkan diri untuk meneruskan catatan ini unutk renungan dan persiapan diri dalam mengharungi kehidupan seorang suami apabila sampai masanya nanti ( insyaallah..).

Merujuk kepada masyarakat kita secara jelas kita mampu melihat ramai suami-suami yang berjaya dalam memenuhi nafkah zahir. Alhamdulillah syukur di atas kurniaan Allah di atas segala rezeki dan nikmat yang diberikan. Namun mengapakah ada sesetengah yang gagal memberikan nafkah batin? Disini minda kita mentafsirkan nafkah batin adalah hubungan kelamin semata-mata. Bukankah roh isteri kita memerlukan makanan jua? Bukankah itu juga batin namanya? Sekiranya jasad memerlukan nasi untuk dimakan dan suami bertangung-jawab memberi makanan sebagai nafkah zahir, dikala roh memerlukan makanan seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat fardhu lain kita sebagai suami tidak mahu memberi pendedahan untuk isteri kita menunaikannya? Atau kita sendiri tidak menunaikanya? Secara mudahnya, suami juga bertanggungjawab memberikan ilmu agama kepada isteri mereka.

Bagaimanakah jika seseorang suami itu jahil? Dan ingatlah sekiranya kita tidak mampu untuk menjadi pengajar, jadilah pelajar. Pelbagai alternatif mampu di lakukan sekiranya kita betul-betul menginginkan. Jika kita mampu membawa isteri kita honeymoon di luar negara, atau di tempat-tempat popular yang jauh letaknya dari rumah kita, adakah kita tidak mampu membawa isteri kita ke masjid yang kubahnya boleh di lihat dari tinggap rumah kita sendiri? Kita mampu membeli CD karaoke, ataupun lagu-lagu tidak mampu untuk kita membeli cd kuliah agama? Kita mampu membeli majalah hiburan tidak mampu kita membeli kitab-kitab agama? Untuk kita dan isteri sama-sama belajar.

Situasi yang ada terjadi adalah dimana bila seorang suami tiba-tiba mendapat kesedaran lalu ke masjid dan mendengar serta faham bahawa kita sebagai suami seharusnya memastikan isteri kita menutup aurat. Beliau balik ke rumah dengan semangat berkobar-kobar ingin membetulkan kesilapan dia dan isterinya lantas berkata:-
Suami: Sayang, I dengar ustaz kata perempuan kena tutup aurat…
Isteri: Haha.. u baru je g masjid dua tiga hari ni da balik nak jadi ustaz. U dulu lagi teruk dari I. Tak payah nak tunjuk alim la.
Suami:…… (terkedu)
Sejak hari itu suami tidak lagi berani menegur isterinya. 

Kenapa kita terus berputus asa? Dan ingatlah ketika Rasulullah cuba menyampaikan ajaran Islam berapa ramaikah yang menentang? Berapa ramaikah yang telah mencaci, mengejek dan mendustakan Baginda? Sehinggakan Rasulullah terpaksa melalui perjalanan yang begitu perit dan getir dalam usaha menyampaikan Islam. Sekiranya Allah mahu, pada ketika itu Allah boleh menjadikan semua orang beriman kepadaNya. Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa Allah ingin membalas segala dugaan dan rintangan yang telah ditempuhi dalam menyampaikan kebenaran? Tidakkah kita mengambil iktibar bahawa Allah tidak sekali-kali akan menyoal adakah kamu berjaya membawa mereka kepada Islam. Namun akan di tanya “Adakah kamu sudah sampaikan?”

Oleh itu janganlah kita berputus asa dalam mendidik isteri kita disamping sentiasa berdoa agar dibukakan pintu hati mereka. Atau lihat kembali adakah cara kita menegur itu silap? Perempuan itu lembut hati mereka, jadi disini dalam membawa kebenaran, bawalah secara penuh hikmah. Semoga keluarga kita di berkati Allah, sesungguhnya redha Allah itu adalah sebaik-baik anugerah.

Jika dilihat betapa ramai suami-suami dengan rasa tidak bersalah membiarkan isteri mereka tidak bersolat dan membiarkan aurat isteri mereka dibuka di khalayak ramai. Ya Allah, aku berlindung dari mengatakan yang tidak benar. Mungkin perkataan yang bakal digunakan menimbulkan rasa marah atau tersinggung namun maaf terpaksa juga diucapkan. Sebenarnya kita sebagai suami adalah dayus sekiranya kita membiarkan isteri kita membuka aurat kepada bukan muhrimnya. Dan sekiranya ada di kalangan pembaca yang telah membiarkan perkara ini berlaku, saya memohon maaf atas kelantangan bersuara. Saya dengan rasa rendah diri menyeru diri saya sendiri dan pembaca sekalian supaya mengubah persepsi ini kerana kita sebagai suami ini merupakan antara tanggung-jawab yang sentiasa kita lupakan. Berhenti sejenak untuk para suami atau isteri, atau bakal suami atau bakal isteri, mintalah kepada Allah dengan seikhlas-ikhlas hati agar perkahwinan kita diredhaai Allah agar di tunjukkan kita jalan yang lurus. Dan semoga anak-anak kita atau bakal zuriat kita menjadi hamba yang benar-benar bertawalkal, soleh dan bermanafaat kepada kita.


2 ulasan:

  1. maaf, lari dari tajuk,
    memilih suami atau isteri,
    sebelum membuat keputusan yg melibatkan maruah dan masa depan seseorang, wajib kita berperang dengan diri sendiri. minta petunjuk daripadaNya, jgn ikut kata hati, jgn juga buat keputusan terburu2.
    istikharah adalah sebenar-benar petunjuk.
    apa yg telah berlaku jgn anggap ia satu kesilapan, anggaplah ia satu petunjuk KEBAIKAN.
    p/s: semoga penulis akan menjadi suami yang soleh satu hari nanti.

    BalasPadam
  2. thanks kasi ulasan..mmg la lari dr tajuk..kan dh ckap awal2 lgi di perenggan pertama tu.. :

    ``Sebelum saya memulakan apa yang saya igin saya katakan nanti.Tidak perlulah anda semua memeningkan kepala memikirkan apa itu raksasa kondorf.Biar lah saya dan saudari zihan farhana ( kawan chat saya yang saya kenali menerusi laman sosail Facebook ) yang tahu dan faham mengenai raksasa kondorf.. :)
    Kali ini saya ingin membincangkan isu PEMIKIRAN SUAMI.``..so..ototmatik la tajuk dia pemikira suami..

    BalasPadam