TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Isnin, 10 Januari 2011

Peperangan 1 : My Life


Pernahkan anda tercari-cari apakah tujuan hidup anda? Di tengah kesibukan, pernahkah anda termenung sendirian bertanya apakah tujuan hidup aku? Ketika anda sedang dibelenggu pelbagai masalah pernahkah anda bertanya kenapa aku rasa tidak tenang? Kenapa aku rasa tidak cukup? Kenapa aku rasa susah? Pernahkah anda melihat seseorang dan berkata “alangkah baik sekiranya aku menjadi dia”. Sebelum pelbagai lagi soalan ingin kita jawab, apa kata kita mencari satu kebenaran yang mungkin semua orang tahu, tapi sering terlalai dalam mengingatinya. Kadang-kadang, soalan adalah lebih kompleks dari jawapan.
Kembali kepada soalan yang paling penting. 

APAKAH TUJUAN HIDUP KAMU?
Ramai yang tahu jawapan ini. Namun, sayangnya mereka percaya kepada jawapan ini tetapi tidak yakin. Oleh sebab itu, minda kita perlu di transformasikan. Sebelum kita cuba mengubah kembali mind-set kita, soalan ini adalah soalan penting kerana jawapan kepada soalan ini secara automatik menilai kita. Ayuh kita cuba bersikap jujur dengan diri kita sendiri paling tidak sekali seumur hidup. Berdasarkan jawapan kepada soalan di atas, kita bandingkan jawapan dan tindakan yang kita lakukan, aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Buat kali ke-2, soalan di ulang “APAKAH TUJUAN HIDUP KAMU?”
Jawapannya adalah:-
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” 51:56

Berhenti sejenak. Renung kembali. Berhenti membaca tulisan ini. Ambik masa muhasabah diri.
Mulai saat ini berpeganglah kepada tujuan hidup yang sebenar. Sekiranya sebelum ini kita mempunyai tujuan hidup lain, ubah minda kita, betulkan balik pemikiran kita. Rupa-rupanya, bila difikir-fikir balik kita cumalah hamba. Layakkah kita sombong? Layakkah kita memandang rendah kepada org lain? Layakkah kita merasa diri kita berkuasa? Layakkah kita menghina? Jawapan ini ada dalam diri kita sendiri. Tidak perlu dihurai, jawablah sendiri.
Kita sombong bila diri kita berharta, memandang yang miskin itu hina. Kita sombong bila kita berpendidikan tinggi, memandang orang yang tidak berpelajaran itu bodoh, kita sentiasa merasakan diri kita betul atas segala perbuatan kita dan suka menilai keburukan orang. Kenapa kita suka melihat keburukan seseorang? Kerana kita merasakan diri kita betul. Tetapi adakah diri kita betul-betul betul? Bagaimanakah cara untuk mengetahui diri kita betul?
Sekiranya kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka itulah jalan yang betul. Sejauh mana kita berpegang, tanyalah diri sendiri. Atau mungkin kita telah banyak berpaling dengan menjual pegangan kita untuk memperolehi keuntungan yang sedikit di atas dunia? Oleh itu renung kembali tujuan hidup kita, semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang berfikir.
Sekiranya ingin dihurai tajuk ini, boleh menjadi begitu panjang penghuraiannya, namun apa guna tulisan yang panjang lebar sekiranya soalan dan jawapan yang begitu mudah ada di depan mata?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan