Yang nak aku tulis pada kali ni,bukan pasal kereta kancil buruk kesayangan aku ni ,tapi apa yang bermain di hati aku semasa aku memanaskan enjin aku ( **aku panas enjin je kereta aku 4-5 hari ni..,nak bawak jauh2 takut mati enjin lak tengah jalan sebab bunyi tak berapa best ).Sedang aku panaskan enjin aku tu dalam 5 minit,datang la sorang sahabat aku ni menyapa.,``zifi, sudah-sudahlah tu.,keta kancil je pun..tukar la kereta besar sikit`..Aku jawab la sambil tersenyum sebab aku tahu dia mungkin berjenaka >> ``ni je la aku mampu pun mat.,nak beli kereta besar2 duit tak cukup, gaji aku kecik je mat``.. :)Lepas tu,bersembang la aku dengan kawan aku ni,dia kawan sekerja aku,tapi post dia di sandakan (* aku di kota kinabalu ).Katanya tujuan dia datang ke KK ni untuk bawa pulang kereta barunya yang di beli kongsi dengan isterinya.Kereta VIOS...Wooww.....!!Kereta idaman aku..!!hehehe..Bertuah dia,dah kawin, bini pula bekerja Staf Nurse, pastu beli kereta Vios pulak tu..Aku???Apa aku ada???huhu
EeeMMM...Masuk je rumah aku,aku layan bola.,malam ni ada game best.,Manchester United lawan Liverpool.Entah macam mana ntah,aku asyik terfikir je apa yang aku borak ngan kawan aku kt bawah tempat parking tadi,KANCIL vs VIOS..Ya Allah...tipu la aku kalau aku mengatakan aku tidak cemburu melihat kawan aku tu.Dah la sama2 masuk keje, sama2 training,sama2 duduk sabah,Umur aku 27,umur dia baru 23, tapi apa yang dia ada,semuanya melebihi aku..huhu..Dia dah kawin, aku belum kawin ( * awek pun takde..huhu...)..Dia pakai Vios,aku kancil..Dia handsome,aku tak handsome.wakakakaka!!
Aku fikir balik, kuasa Allah..dia yang memberi, kita yang merasa. Dia tak memberi, sampai mampos aku tak merasa.hehe..Siapa lah aku nak mempersoalkan apa yang di beri, apa yang dia takdirkan pada aku. Setiap kali hati aku cemburu melihat kemewahan orang lain, pencapaian orang lain, dan apa yang orang lain ada, aku tak ada, aku mesti `mind-set`kan minda aku pasal angka2 n mencongak2 umur aku.,camni kawan2..
Umur aku 27
Umat Nabi Muhammad biasa aja menjemput umur 60 ( * ni purata )
Jadi.. 60 - 27 = 33 tahun..
Untuk apa yang kita ada ,( * aku gunakan kata ganti diri `kita` lagi sesuai rasanya ) apa yang di mewahkan dari Allah, pinjaman dunia ni semua2 la. Kita ada masa 33 tahun je untuk mengecapi dan menikmatinya.emm..Amatlah sekejap saja berbanding kehidupan selepas ni, yang kekal tidak berpenghujung..Subhanallah..Maha suci Allah..,moral aku kembali kuat selepas aku fikir macam ni.hehehe..Tak perlulah aku terhegeh2 sambil meratap nasib kononnya aku ni bernasib malang ke apa. Dan lebih teruk lagi sampai mencari jalan untuk mendapatkan apa yang aku mahu walaupun dengan cara haram.
Tapi apa pun,aku perlu berusaha untuk menaik tarafkan hidup aku. Bukan bermaksud aku terus menerus mengharapkan nasib. Cita2 tetap cita2. Tetap aku berusaha :)chaiyok2 azifi :)







