Mari
aku ceritakan apa yang pernah terjadi kepada aku dan peristiwa ini sentiasa
terngiang-ngiang dalam kepala aku walaupun telah lama berlaku. Seingat aku
kalau x salah berlaku pada 10 tahun yang lalu. Pada suatu petang aku ronda-ronda
dengan motosikal di kawasan kampung aku. Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik
tua menolak motosikal kerana kehabisan minyak lalu aku menghampiri pakcik itu
dan meng-oferkan diri aku untuk membantunya. Aku pun "menunda" motor
pakcik tu sampai ke rumahnya yang agak jauh dari rumah aku. Selepas itu aku
terus balik ke rumah.
Selepas
beberapa hari, aku pun keluar bersiar-siar jauh dari rumah aku menaiki
motosikal. Kawasan yang aku pergi kali ini di dalam kampung yang ber-geography-kan
hutan tebal. DING! motor aku abis minyak, duit satu sen tak ada dalam poket.
Allah! Kalau nak tolak jauhnya... Time nie baru nak ingat Allah. Nie la sikap
manusia time susah baru nak ingat Tuhan. Aku berhenti tepi jalan, dan selepas
10 saat berfikir aku mengambil keputusan untuk menolak motor tu balik ke rumah
(mungkin 3 jam baru sampai rumah kalau aku tolak). Langkah pertama aku terus
terlintas "Aku pernah tolong tunda motor pakcik aritu, semoga Allah
menolong aku juga seperti Allah tolong pakcik motor aritu" Langkah kedua,
Langkah ketiga. "Dik!!! Bakpo tu?" (Adik kenapa tu?) aku terdengar
suara makcik-makcik yang sedang menunggu ikan memanggil aku. Selepas bercerita,
makcik-makcik menyuruh budak kecik pergi beli minyak motor. "Syukur yang
tidak terhingga pada Allah" Dalam hutan tebal ada rumah jugak~
Aku
pun balik rumah mintak duit dekat mak aku, beli kuih pergi tempat makcik-makcik
tadi dan hadiahkan mereka kuih~ hehehe
U all in?? I call ..~~~
