TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Sabtu, 15 Oktober 2011

Bola Dan Peminat BOla

Assalamualaikum...
Kali ni aku nk cerita sikit tentang Bola sepak n peminat bola sepak.Aku ni boleh la di kategorikan sebagai peminat bola sepak tegar ( bak kata org puteh >> die hard fan >> kipas susah mati ) :)
Dari kecil lagi aku amat meminati bola sepak.Tentu sekali Manchester United kelab pujaan aku.Dan kalau dalam negara,tentu sekali aku menyokong pasukan negeri tumpah darah aku Kelantan (walaupun aku ni tumpah darah kt K.Lumpur *ps..bapak aku dulu askar,kebetulan aku di beranakkan di KL )haha .. :)Tapi aku tetap darah kelantan.Kelantan tanah tumpah darahku :)

Gambar ni di ambil semasa perlawanan akhir piala FA 2011 (kelantan vs terengganu)..Aku n anak sedara aku Aqil 

Bergambar bersama Abg Ipar aku ( bapak si Aqil ) dan adik aku Adib.



Ok..berbalik pada topik.` Bola sepak`??..emm..Sukan yang pemainnya seramai 22 orang ( 11 pemain setiap pasukan ),sukan yang paling popular di dunia,sukan yang mempunyai peminat paling ramai di dunia.Sukan yang dikatakan bermula di England,dan Brazil merupakan pasukan paling berjaya sejak terwujudnya bola sepak.Siapa Pele?Maradona?Ronaldo?David Beckham?Leonel Messi?Siapa yang tidak kenal dengan nama-nama besar dalam arena bolas sepak dunia ini.Wah...Indahnya bola sepak.Aku sendiri amat tergila-gilakan bola sepak.Sanggup berasak-asak ke stadium untuk melihat sendiri pasukan kegemaran aku beraksi.Sanggup bangun tengah-tengah malam,sanggup berjaga , dan kadang-kadang sanggup menipu majikan aku sendiri ( ambil MC ) semata-mata tidak cukup tidur di sebabkan menonton bola sepak pada lewat malam.huhuhu....

Aku bersama pemain pujaan aku..hehe


Pada pandangan bukan peminat bola sepak,amatlah bosannya menyaksikan perlawanan bola sepak ( tak kira la melalui televisyen , atau secara live di stadium ).Terutamanya kaum hawa.Tapi kaum hawa kt umah aku ( family aku ),mak aku,kakak aku tidak tergolong dari kategori ni sebab mereka pun nampaknya cintakan sukan bola sepak ni.Terutama pasukan Kelantan.Dan akan sama-sama menyaksikan perlawanan yang ditayangkan di televisyen.Seronok pula rasanya ingat kembali macam mana bisingnya mak aku bila pasukan kelantan kalah.hehehe...Bapa aku tak perlulah di ceritakan,dia sendiri pun pemain bola sepak semasa usia mudanya bersama pasukan Tentera dulu.. :)



Kemeriahan Di stadium.. :)

Manchester United..My team 


Bola Sepak.,keindahan bola sepak...dan apa jua berkaitan bola sepak,secara kesimpulannya..,Aku cintakan BOla Sepak :)

2 ulasan:

  1. kemah b0h...i like dis,hehe(tora)

    BalasPadam
  2. woohaa..family semua suka bola....:)

    go..go....fahmi...:)

    BalasPadam