TULISAN-TULISAN INI ADALAH UNTUK TATAPAN DIRI SENDIRI , UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI , DAN TIADA NIAT-NIAT TERSEMBNUNYI YANG LAIN.KALAU ADA SALAH SILAP SAYA DALAM PENULISAN INI,DIHARAP ANDA SEMUA TANPA SEGAN SILU UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI PENDAPAT MASING-MASING....

Ahad, 11 Disember 2011

Masjid Likas Kota Kinabalu

Kali ni aku nak share pasal masjid paling cantik kt kota kinabalu ni..Masjid Bandaraya Likas, terletak kt likas kota kinabalu..Dekat ngan opis aku.,
Masjid ni la tempat aku solat jumaat , berhenti solat kalau aku kuar bandar kk ni..Aku amatlah suka tengok pemandangan masjid ni.,cantik., :)

Dibina atas tasik buatan. Paling cantik kalau kita tengok time malam

Waktu petang sementara aku tggu time nk masuk magrib.,sempat aku snap pic ni.. :)  


Kebetulan ada lak pelangi..aku snap je la skali.. :)


Pintu masuk ke dalam masjid ,kt dalam masjid dh ni.,

Malas lak aku nk type tentang sejarah penubuhan masjid ni.,lagipun aku x kaji pun. :P
Apa yang aku nk share kali ni,just nk tunjukkan keindahan masjid ni je. Tiap kali aku pegi solat jumaat kt masjid ni, suasana nya mmg agak ketara beza dia dari hari2 lain.Penuh.,alangkah bestnyer klau tiap2 hari tiap2 kali solat sama je suasana cam hari jumaat., :)
Aku sendiri pun xde la selalu sgt pegi masjid tuk solat jemaah ramai2, agak terkilan, 27 pahala yang di `offer`kan.,1 pahala tu jugak yang aku pilih.( tu pun kalau sempurna solat aku,klau x sempurna,berapa je la yang aku dapat...huhu ),kerdil rasanya diri aku.,nak2 plak mmg kita di sarankan tuk solat jemaah tuk semua solat2 fardu kita., :(


You All In ??I call... :)








Jumaat, 9 Disember 2011

Efa syafea anak buah aku ...

Efa time umur bape bulan ntah.,kira x ckup setahun lagi la seingat aku masa gambar ni di ambil..

Kali ni aku xde nk tulis apa2.,saja nk share ngan korang gambar anak buah kesayangan aku ni...,Sedar x sedar.,si efa ni dh membesar, bapak sedara dia ni ( aku la ) sama je cam dulu.,x brubah2..hihihi


Time ni umur dia setahun seingat aku..,

 Time pic ni di ambil,efa dh cam anak cina aku tengok..hihihi..,comel.,x kuat nangis..dan amat manja ngan nenek dia ( mak aku )..suka sangat dia bila balik kampung jupe tok ayah n nenek ( dia panggil tok mok ) dia.. :)

Umur efa 2 tahun 

Time umur 2 tahun ni,efa dh pandai n petah berkata2 dah.. suka borak n layan budak ni..hihi

Yang ni time efa umur 2 tahun lebih..

Kakak empal..hihi..aku kasi nama dia ``kakak empal`` time aku balik bercuti dan melepak umah dia time ni..pic ni di ambil time makan nasi kat umah akak aku kt kL..

Efa time sekarang...3 tahun..emm..comel , dh pandai pkai tudung.,harap si efa ni akan jadi muslimah dan anak yang baik bila besar nanti :)

Budak2 sudah makin membesar.,sedar x sedar usia aku dh nak masuk 28..,emm.,apa perubahan dalam idup aku ni pun aku sendiri tak pasti.Seronok tengok kanak2 membesar.,walaupun jarang aku jumpa anak2 buah aku ni,tapi setiap kali aku balik bercuti,pasti ada je perubahan..Dan aku sendiri tertnya2 , perubahan apa yang aku lakukan dalam idup aku sendiri ...Yang pasti..Umur makin meningkat, angka 60 semakin dekat.,.. :( 

YOU ALL IN ?? I FOLD.....







Sabtu, 26 November 2011

Layan bola kat Kedai mamak

Ramai orang gila bola. Tapi yang x best kalau terlampau fanatik.,bergaduh,caci maki,dari real-life kepada fesbuk, youtube, forum dan sebagainya la.,contoh terbaru cam dunia bola sepak indonesia yang mempunyai penyokong terlampau fanatik sehingga sanggup menyentuh isu2 sensitif dan memaki hamun malaysia..emm...Sabar je la aku ngan penyokong indonesia ni. Tu satu cerita,cerita kedua pulak.,jap layan gambar ikon dalam bola sepak di planet bumi ni dulu...


Dah puas tengok messi dan ronaldo??hihi... Cerita kedua pulak,biasanya peminat bola ni suka sangat tengok bola kat kedai mamak. Yang x best nya, banyak yang aku perhatikan cara kita panggil mamak yang ambil order dengar cara yang kasar, pastu marah2, maki hamun dan macam2 lagi la. Macam hamba abdi pulak..
Betul mungkin mereka hina di mata kita, namum siapa yang tahu mungkin mereka lebih mulia pada pandangan Allah..??

You All In ?? I Fold >>>

Sabtu, 19 November 2011

Kisah Benar jadi kat aku~~


Mari aku ceritakan apa yang pernah terjadi kepada aku dan peristiwa ini sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala aku walaupun telah lama berlaku. Seingat aku kalau x salah berlaku pada 10 tahun yang lalu. Pada suatu petang aku ronda-ronda dengan motosikal di kawasan kampung aku. Tiba-tiba aku ternampak seorang pakcik tua menolak motosikal kerana kehabisan minyak lalu aku menghampiri pakcik itu dan meng-oferkan diri aku untuk membantunya. Aku pun "menunda" motor pakcik tu sampai ke rumahnya yang agak jauh dari rumah aku. Selepas itu aku terus balik ke rumah.




Selepas beberapa hari, aku pun keluar bersiar-siar jauh dari rumah aku menaiki motosikal. Kawasan yang aku pergi kali ini di dalam kampung yang ber-geography-kan hutan tebal. DING! motor aku abis minyak, duit satu sen tak ada dalam poket. Allah! Kalau nak tolak jauhnya... Time nie baru nak ingat Allah. Nie la sikap manusia time susah baru nak ingat Tuhan. Aku berhenti tepi jalan, dan selepas 10 saat berfikir aku mengambil keputusan untuk menolak motor tu balik ke rumah (mungkin 3 jam baru sampai rumah kalau aku tolak). Langkah pertama aku terus terlintas "Aku pernah tolong tunda motor pakcik aritu, semoga Allah menolong aku juga seperti Allah tolong pakcik motor aritu" Langkah kedua, Langkah ketiga. "Dik!!! Bakpo tu?" (Adik kenapa tu?) aku terdengar suara makcik-makcik yang sedang menunggu ikan memanggil aku. Selepas bercerita, makcik-makcik menyuruh budak kecik pergi beli minyak motor. "Syukur yang tidak terhingga pada Allah" Dalam hutan tebal ada rumah jugak~

Aku pun balik rumah mintak duit dekat mak aku, beli kuih pergi tempat makcik-makcik tadi dan hadiahkan mereka kuih~ hehehe

U all in?? I call ..~~~

Jumaat, 4 November 2011

Peratuan Dunia dan Akhirat

``I so lonely broken angle..,im so lonely listen to my heart...bla..bla... (lagu arash feat helena )..ha..ni alarm clock aku dh bunyik :) adeiii..penat giler badan..aku tido pas subuh arini,jam 6 n bangun jam 12...Duty semalam,smpai jam 3 aku berborak ngan kawan2 yg sma duty ngan aku. :)Arini ari jumaat..,trus aku mandi,start moto,n gi masjid dekat umah aku ni..

 Kt masjid tadi,time khutbah..tersentuh btol hati aku dengar pak imam duk baca khutbah..dia sentuh psal `peraturan dunia n peraturan akhirat`..sikap slumber pak imam tu baca khutbah tanpa baca text yg ada kt depan dia tu,wat aku respek ngan pak imam ni,mmg petah btol dia berkata2.. :)



Kenapa ramai manusia skang,pandai sekali memandang berat dan mengikut tntang peraturan2 dunia, peraturan ciptaan manusia untuk di ikut oleh manusia,Sedangkan peraturan2 yg di turunkan Allah,ngan selumber je kita redah.,wat x tau je., :(
Terasa btol hati...Mmg btol la kata pak imam tu,sebagai contoh :
1 )klau bab parking keta,mmg kita takut skali nk parking merata.takut kena saman.
2) Nasihat kt adik kita, x bleh ponteng sekolah,nnti cikgu marah..
 Tapi peraturan2 yg mmg diwajibkan Allah kepada kita plak slumber je kita wat endah x endah..cam solat ,puasa..n bla..bla..bla..la.. :)

Panjang gak la pak imam tu di berkhutbah kali ni.,mmg best., :)Hati aku btol2 terasa kerdil time aku ingat balik psal peraturan2 tu..Nape ek..>>??Ntah la,aku rs cm hina sgt.,perturan2 dunia ni aku mmg ikut ngan baik sekali.,sbb apa??sbb takut kena saman,kena maki,kena tgkap polis.,padahal peraturan2 dr Allah sendiri,aku lewat2kn (khususnyer solat),aku endah x endah.,ni la aku..insan yg masih terkapai2 mencari hala tuju idup.,insan kerdil yg agak jahil tentang kehidupan selepas mati.



Aku cakap ni.bukan lah bermakna kita x perlu ikut peraturan2 dunia yg dicipta manusia sendiri ni.,Perlu sekali kita ikut, (klau x ikut,silap2 masuk lokap plak kita nnti ..hihihi ),mksud aku,peraturan2 yg di turunkan Allah,lagi la kita perlu menitik beratkan lgi.. :) aku ckap ni tuk diri aku sendiri,insan lemah,yg terkapai2 lagi dlm persiapkn diri tuk ke alam selepas mati ni.,korang jgn la terasa ngan penggunaan bahasa aku `kita` tu>>x merujuk korang cm aku,or x baik ke apa..sja aku guna `kita` tu tuk sedapkan ayat.. :)

Pas abis pak imam tu berkhutbah psal tajuk ni,dia smbung psal `penghayatan hari raya korban/haji`..lusa kn dh raya haji :)
selamat hari raya tuk diri aku sendiri n korang semua,n seluruh umat islam :)
Sama2 la kita menghayati di sebalik kisah2 pengorbanan nabi ibrahim dan anak nyer nabi ismail :)
bye2  :)




Isnin, 17 Oktober 2011

Bicara Al Fatihah part 2


Kali ini aku nak share ngan korang pasal Al-Fatihah lagi, kesinambungan dari Al-Fatihah yang aku post sebelum ni.Jom kita lihat dulu 13 rukun solat ni :

Rukun Sembahyang:
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

*P/s = Rukun ni aku copy paste dari google search :) 

Yang aku nk link kn kt sini >> Al-Fatihah..salah 1 rukun sembahyang kita..
ok...cmni ,aku tau kita semua dh mmg sejak kecil lagi hafal surah ni.,dh memang dari kecil lagi aku rasa kalau dalam masyarakat melayu + Islam di negara kita ni,memang surah Al fatihah ni,dh hafal sangat dh... :)
Cerita dia masa aku menunaikan solat, (tak perlulah nk cakap bila, di mana , apa semua tu ),tetiba datang plak kompius dalam fikiran aku ni.,memang la amat la susah nk kusyuk jenis aku ni yang iman xde la kuat sangat.,tambah plak aku duk syok2 baca Al-fatihah tu,timbul di benak aku yang SEBUTAN yang aku lafazkan semasa membaca surah ni.,cmni..jom kita tgk apa yang aku nk ceritakt bawah ni :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayat yang ini memang aku yakin, semua2 orang leh sebut dengan betul..
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn>>Ayat ni..ada huruf   ح dan ه,hati2 la kita..takut tertukar , so ingat btol2 bila kita baca time `Al-hamdutu dan  `liLlâhi`... :)  
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Sama ngan ayat ni..``Ar-rahmâni r-rahîm``..kali ni kedua2 huruf adalah huruf  ح..senang je nk baca ayat ni..kedua2 sebutan `rahmân`i dan `rahîm` adalah huruf  ح..  
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang ni lagi sempoi..``Mâliki yawmi d-dîn ``senang,xde ralat.senang nk baca.susah nk tertukar ngan huruf2 yang ralat. .,
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Ayat ni time ``Iyyâka na`budu  `` kena beringat..takut tertukar ngan huruf `ضُ `..ingat..time ni huruf ` دُ ` ...pastu, time ``  wa'iyyâka nasta`în `` ni pun hati2..sebab takut tertukar huruf ` صِّ ` ngan huruf ` سْ ` ...
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Ayat yang ni,bacaan ketika `` Ihdina `` huruf `  هْ `  ni..dan time `` s-sirâta  ``  dan `` mustaqîm  `` ....ingat betul2..huruf ص    dan س    sebab takut kadang2 setan datang time ni duk mengkompiuskan kita..hihihihi 
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Ayat last ni..ayat susah sikit aku kalau x ingat betul2..time `` Sirâta llazî ``  huruf ` صِ ` aku takut2 tertukar ngan huruf ` س    ` ..dan bacaan time ``  an`amta `alayhim -  ``  huruf   ` أَ  `  dan ` عَ ` wat kadang2 kita tertukar.. :)   last...ayat ``   ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn  `` ingat betul2...huruf  ` ضُ  `  dan ` عَ `  ..begitu juga huruf  `ض `...dalam ayat `` wala dh-dhâllîn``....

Ayat-ayat Al-Fatihan ni bukan leh wat main2..x sempurna baca.,x sempurna la solat kita.,Nama pun salah satu rukun sembahyang.Klau dh rukun tu,maksud nya wajib dibuat ngan betul, kalau x betul, X SAH..Fuuuhhh..ni la yang aku takut2 sangat bacaan2 wajib time dalam solat ni. Aku rasa korang2 semua maybe dh terer bab ni, Aku ni xde la terer sangat, sorang insan yang terus menerus belajar walaupun umur cam aku ni sepatutnya dh hustler giler bab2 camni..hihihi..Begitu juga bacaan tuk Tahiyat Akhir tu..Memang la kita semua ingat bacaan tu..dari kecik kita ingat.,tapi kompon ke sebutan kita tu betul??tajwid2, huruf2 dan semua sekali la.,Bacaan Rukun ni , klau x sempurna, x sempurna solat.,lebih2 lagi time kita solat ngan kadar laju. Bagi yang expert, memang la dh dalam kepala dah semua sebutan2 ni. Tapi jenis yang cam aku ni..emmmmm...Sama2 la saling beringat n memperingati : )